Tuesday, 3 January 2012

3 strategi perniagaan Steve Jobs

  1. Fikir berbeza
    Slogan Apple satu masa dulu adalah “Think Different”. Slogan yang begitu simple, tetapi memberi makna yang hebat. Dalam perniagaan, kita perlu ciptakan perbezaan dalam perniagaan kita. Kita tidak boleh lakukan perkara yang sama dengan pesaing kita oleh kerana, ia tidak dapat membezakan kita dan pesaing. Untuk mendapat pasaran perniagaan yang lebih besar, cari kelainan dan ciptakan perbezaan untuk perniagaan kita. Sama ada pada harga, pada kualiti, pada kecepatan, pada perkhdmatan, pada rekabentuk dan sebagainya.
    Apple berjaya mencipta kelainan daripada pesaing-pesaing oleh kerana menitik berat aspek kualiti dan rekabentuk gajet yang unik dan cantik seperti iPad, iPod, iPhone dan sebagainya!
  2. Komunikasi dalam perniagaan
    Steve Jobs bukan sahaja pakar dalam bidang perniagaan, tetapi juga pakar dalam bidang komunikasi. Setiap kali pelancaran produk Apple, Steve Jobs akan turun padang dan memberi persembahan/talk ringkas mengenai produk terbarunya. Steve Jobs sering mendapat pujian dari segi komunikasinya yang amat mudah dan boleh mencapai pelbagai usia dan latar belakang. Dalam perniagaan, komunikasi adalah amat penting, hinggakan kejayaan sesuatu perniagaan bergantung kepada komunikasi yang efektif.
    Untuk berjaya, kita perlu tahu produk dan perkhidmatan kita secara meneyluruh dan boleh menyampaikannya kepada orang lain dengan mudah, bertenaga, dan penuh passion!
  3. Keep it simple
    Permudahkan perniagaan kita. Steve Jobs menekankan ’simplicity’ dalam hidupnya, bukan sahaja dalam produk-produk yang dihasilkan oleh Apple yang menggunakan konsep minimalis, tetapi juga dalam hidup harian dirumahnya dilaporkan menggunakan konsep Zen dan tidak mempunyai banyak perabot! Dari segi perniagaan, dengan memudahkan segala urusan - jual beli, rekacipta, laman web, pemasaran, dan lain-lain, ia juga memudahkan pelanggan. Dengan menggunakan konsep ’simple’, dalam perniagaan, ia dapat menarik lebih ramai pengguna dari berbagai lapisan masyarakat! Permudahkan urusan perniagaan anda dalam pelbagai aspek.
    Mudah idea -idea ini dapat membantu anda dalam perniagaan anda.

Monday, 19 December 2011

Usahawan Siber


Bukan mudah untuk terus bertahan dalam bidang perniagaan, kalau takda strategi yang mantap dan leader yang berfikiran jauh (Visionary).
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dalam setiap business/perniagaan, kita tidak akan lepas dari persaingan. Apatah lagi sekiranya perniagaan yang kita usahakan itu berjaya (takdala macam otai2 tuh), tentu pesaing-pesaing baru akan ikut kita punya strategi. Sejujurnya kita tidak boleh lokek dalam berkongsi idea untuk sama-sama berkembang maju. Strategi yang biasa digunakan para businessman/women, dalam menghadapi persaingan adalah perang harga.
Persoalannya, jika melancarkan kita perang harga, maka kita harus sedia untuk kehilangan sebahagian keuntungan dalam menampung kos-kos operasi yang lain. Dan perang harga yang berpanjangan ini sebenarnya  hanya akan ‘merosakkan’ ataupun mematikan perniagaan kita secara keseluruhan.
Jadi bagaimana cara menghadapi persaingan dalam bisnis tanpa harus menurunkan harga? Mari kita bincangkan bersama-sama.
  1. Pilih Pesaing Yang Tepat.
Menghadapi persaingan menjana  energi, waktu dan mampu. Sebabnya sebelum kita melangkah lebih jauh, sebaiknya kita harus menetapkan siapa pesaing kita terdekat pada saat ini. Jangan sampai tersilap langkah dalam menetapkan pesaing.  Siapa pesaing kitalah sebenarnya yang akan menentukan bagaimana cara menghadapinya.
Pesaing kita boleh menjadi skala business lebih kecil atau lebih besar dari Anda. Pesaing kita  juga boleh jadi tidak dari kategori perniagaan yang sama dengan anda.

2. Fokus Kepada Keunggulan Anda.
Jika selama ini pernigaan kita  sudah ‘menjadi’, kita harus yakin perniagaan atau produk kita memiliki keunggulan( kelebihan tersendri. Buktinya ada yang beli, kan ? Menghadapi betapa sengitnya persaingan ini, kita harus focus pada keunggulan business atau produk/servis kita.
Jika misalnya keunggulan business kita terletak pada kualiti produk, maka seharusnya mempertahankan kualiti yang ada itu. Lebih baik lagi kita terus tingkatkan kualiti produk  yang sedia ada. Dan dalam setiap promosi, tonjolkan saja keunggulan produk  tadi. Contoh lagi, kalau keunggulan kita terletak pada kelancaran layanan, maka keunggulan inilah yang harus kita pertahankan dan tingkatkan dari masa kesemasa.

3. Fokus Kepada Kelemahan Pesaing
Tahukah anda, apa kelemahan pesaing kita saat ini ? Jika sudah tahu, mengapa kita tidak menggunakan kelemahan pesaing  untuk teruskan perniagaan  kita sendiri ? Sediakan untuk customer kita apa yang tidak disediakan pesaing yang mereka tiada, dan  cuba kita mempelbagaikan serta beri lebih dari apa yang pesaing kita tawarkan.
Melalui ini, bukan kita merendah-rendahkan pesaing kita (memberi pendapat/cadangan), cuma memberi pilihan kepada customer supaya berfikir dengan lebih bijak, mana lebih untung produk kita berbanding dengan pesaing berdasarkan strategi harga, servis lain yang lebih bagus.

4. Belajar Dari Pengalaman.
Pengalaman adalah guru terbaik untuk kita terus matang dalam industri perniagaan. Kegagalan dalam business yang lepas, menyebabkan kita lebih berhati-hati dan terus berdaya saing.  Jadi, dari pengalaman yang ada itu, seharusnya kita mengkajinya lebih mendalam banyak bertanya kepada yang lebih pakar.
Menghadapi persaingan tidak melulu (tidak terancang) dalam urusan strategi bertindak, adalah tidak bagus sebenarnya. Kita harus bersedia dalam sikap dan mental untuk menghadapi tekanan persaingan ini. Tak ada salahnya kalau kita bertanya  dan menjalin hubungan yang baik kepada mereka yang lebih pakar dalam bidang perniagaan ini.

5. Keluar Dari Persaingan
Persaingan kadang-kala tidak selalu harus kita hadapi. Ada kalanya dalam keadaaan yang tertentu, kita terpaksa/harus keluar dari persaingan itu, diatas faktor-faktor yang tertentu dan mengikut perkiraan yang telah dimesyuaratkan dan  muktamad.
Keluar dari persaingan bukan bererti  kita menutup bisnis yang sedia ada. Keluar persaingan bermaksud mencari idea-idea pasaran baru (market), membuat produk baru (re-engineering), innovasi dari segi produk/ services dalam memenangi hati pelanggan kita.

6. Berdoa dan tawakal.
Dan ini, merupakan strategi yang paling akhir dan wajib kita lakukan. Bagaimanapun kita harus sedar bahawa perniagaan itu adalah punca rezeki. Seberapa hebatpun strategi yang dapat kita lakukan, hanya Allah sahaja yang menentukan hasilnya, insyallah.

Doa yang tidak putus-putus dari Allah S.W.T agar dapat terus bersaing dengan bagus, bersama-sama mencari pendapatan yang halal, amin.
Semoga anda semua dan zik, dapat meneruskan perjuangan business dalam menghadapi persaingan business secara maya mahupun offline, secara sihat.

Sunday, 18 December 2011

Promosi Baru



Kawan-kawan, exam nak dekat nie.
Jom lah kita bagi semangat dekat kawan-kawan kita supaya semua bersemangat membaca buku dari tido je.
So, marilah beramai-ramai tempah kad kami.
Untuk memberi semangat kepada anda menempah kad kami, kami bagi potongan harga tapi hanya untuk kad saiz sederhana sahaja.
Kalau normal price untuk kad sederhana, RM 7.
Tapi untuk promosi exam nie kami bagi RM5 sahaja!

Tempoh promosi ialah sehingga 11 Januari 2012.

Friday, 16 December 2011

Kehidupan Tipikal Manusia

A: "Astaghfirullahala'zim. Bila la kamu nak insaf ni bro?aku tengok tiap minggu ko asyik pergi clubbing je. Balik rumah mabuk."
B: "Lepak lu bro....nanti aku dah tua sikit aku taubat la bro. Masa muda masa untuk kita enjoy!"



Itulah kata-kata yang sudah terbiasa kita dengari sekarang bukan. Orang muda dengan perkataan'enjoy' memang sinonim. Memang tujuan utama mereka dalam melakukan sesuatu perlu membawa seribu keseronokan.
Di sebalik semua yang berlaku ini pernahkah kita berfikir sejenak adakah kita diberi peluang untuk hidup selama 70, 80 mahupun 100 tahun lagi?
Sempatkah kita menjalankan amanah yang telah ditetapkan-Nya untuk kita?
Kita seringkali merujuk masa muda adalah masa untuk bersuka ria, masa untuk kumpul harta dan masa tua masa untuk kita beribadah, dengan kata lain kita insaf kembali ke pangkal jalan.
Saya berikan satu kronologi sebuah kehidupan bermula dari kelahiran kita hingga ke alam tua kita.
1) Alam kanak-kanak
Ibu lahirkan kita dengan begitu sakitnya yang tidak dapat kita bayangkan kesakitannya. Setelah kelahiran kita tercipta seribu harapan dan sandaran daripada ibu bapa kita agar kita menjadi seorang yang berguna kelak.

Zaman kanak-kanak sememangnya zaman yang sangat bermakna untuk kita smua dengan pelbagai suka dan duka sentiasa kita ingati sehingga kini. Di sinilah ibu bapa mencorakkan kita menjadi seorang individu yang berguna, di sinilah bermulanya asas-asas kita tentang agama diajarkan.
2) Alam remaja
Masuk pula zaman remaja iaitu kita telah akil baligh dan alam di mana kita ingin mencuba sesuatu yang baru. Pada masa ini akal sudah mula berfungsi untuk membezakan yang mana baik dan yang mana buruk.

3) Alam dewasa (kerja dan berumahtangga)
Alam ini kita telah menjadikan seorang yang boleh dipertanggungjawabkan dalam melaksanakan tugas-tugas, boleh memimpin sebuah keluarga. Di alam ini jugalah kita mula merealisasikan impian kita sejak dari kecil lagi contohnya mengumpul harta untuk menjadi jutawan dan sebagainya.

4) Alam tua
Setelah penat bekerja selama puluhan tahun, penat mengumpul harta, penat membesarkan anak, alam ini dikatakan alam untuk kita berehat. Bak kata orang putih 'retired'kan. Masa untuk kita mengenal Tuhannya.

Saya boleh jamin inilah kehidupan tipikal manusia sekarang.
Semua peringkat kehidupan yang saya nyatakan di atas jika kita pandang dari sudut keduniaan pastinya tidak memberikan kebahagiaan kita di akhirat kelak jika kita hanya mengejar dunia semata-mata tanpa adanya disulami dengan bekalan akhirat.
Sememangnya dari kecil lagi kita dah diajarkan ilmu agama yang secukupnya tetapi apa yang kita lihat trend sekarang, saya tidak menyatakan semua manusia zaman sekarang sebegini hanya segolongan sahaja, iaitu mereka yang mengejar kebahagiaan dunia semata-mata, bagi mereka kebahagiaan inilah kebahagiaan selama-lamanya untuk mereka.
Diajarkn ilmu agama yg mencukupi ketika kecil tetapi selepas membesar lalai dan hanyut dengan nikmat keduniaan dan godaan hawa nafsu dan syaitan sehingga lupa akan Tuhannya. Kebanyakan manusia sekarang apabila bekerja tidak ingat lagi dengan ibadah mereka terhadap Allah S.W.T.
Kerja lebih dipentingkan dan soal ibadah dan agama hanyalah perkara kecil bagi mereka. Pekerjaan yang kita lakukan selama puluhan tahun tanpa ada amal ibadah dalam masa tersebut dan hanya mengharapkan alam tua sebagai alam kita menebus dosa yang lampau.
Adakah cukup alam tua kita dihabiskan untuk beramal? Adakah kita akan hidup 100 tahun?
Kita ambil contoh umur Nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W sebagai 'benchmark' ajal kita. Jika kita ambil umur nabi sebagai ajal kita iaitu 63 tahun Nabi wafat setelah kita pencen pada umur 58 tahun tinggallah baki tujuh tahun lagi untuk beribadat. Cukupkah itu?
Cukupkah ia dibawa untuk kita menghadap Allah S.W.T di akhirat kelak?
Masih mampu dan bertenagakah kita untuk melaksanakan perintahnya?
Sihatkah kita pada masa itu?
Itulah anggapan orang muda yang sering menganggap perjalanan hidup mereka masih jauh dan menetapkan alam tua itulah masa untuk kembali kepada-Nya.
Andai ditakdirkan kita meninggal dunia di usia yang muda dalam keadaan kita tidak melaksanakan syariat-Nya sudah pasti kita akan mendapat balasan yang setimpal di akhirat kelak. Kita hendaklah ada rasa gentar dalam diri kita akan ajal yang datang menjemput kita itu tidak mengenal usia.
Hendaklah kita sentiasa istiqomah dalam melakukan ibadah kepada-Nya sejak dari muda sampailah ke hari tua.
Sabda Nabi S.A.W:
"Orang yang paling bijak ialah orang yang sentiasa mengingati mati."
Rasulullah S.A.W telah menjelaskan perihal orang yang bijak iaitu orang yang sentiasa mengingati mati. Maka hendaklah kita menjadi salah seorang daripada orang bijak yang Nabi maksudkan. 
Kita sebagai manusia yang bekerjaya tidak kira kita memiliki pangkat yang tinggi atau jutawan yang menggunung banyaknya harta, memberi komitmen dalam urusan duniawi kita tanpa melupakan urusan akhirat kita. kita sepatutnya menyeimbangkan kedua-duanya.
"Bekerjalah seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun dan beribatlah seolah-olah kamu akan mati keesokannya."

Wednesday, 7 December 2011

Cikgu Dalam Kehidupan Anda

1. Cikgu yang terbaik dalam hidup adalah - Pengalaman.  
Ia merupakan cikgu yang terbaik dalam hidup kita semua. Hal ini kerana, daripada pengalaman akan mengajar kita erti hidup, menjadi lebih matang, dan mendewasakan kita. Tanpa pengalaman, kita tidak mampu untuk maju ke hadapan, mahupun berubah lebih baik daripada sebelum ini.



2. Cikgu yang teristimewa dalam hidup - Ibu Bapa
Ibu bapa merupakan cikgu yang terindah dalam hidup kita kerana mereka lah yang mengajar kita tentang erti kehidupan daripada kita kecil sehinggalah dewasa kini. Tanpa mereka, tiadalah kita. Bukan itu sahaja, ibu bapa akan mengajar kita tentang manis dan pahitnya kehidupan ini kerana mereka telah matang dalam hal itu. Jadi, kita gunakan segala yang diberikan, untuk membimbing diri sendiri dalam meneruskan kehidupan.

3. Cikgu yang terindah dalam hidup - Tenaga Pengajar
Pensyarah-pensyarah, cikgu sekolah rendah mahupun menengah, dan kesemua yang pernah mendidik kita, cukup terindah dalam hidup ini. Hal ini kerana, mereka telah bersusah payah dalam membanting tulang empat kerat mereka, dalam mendidik kita supaya kita berjaya dalam kehidupan. Dengan semua ini, kita boleh terus maju kehadapan dengan ilmu yang dibekalkan dan mengamalkan dalam kehidupan kita.

Hargailah mereka sementara masih ada, hidup ini hanyalah sementara, bukan selama-lamanya.

Bagaimana Memperbaiki Diri Menjadi Peniaga Yang Lebih Baik

Bagaimana untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik ? 
Kita manusia seolah-olah berada dalam sebuah rumah pondok. Kadang-kala walaupun pondok ini sudah usang bagaikan hendak runtuh, kita yang berada di dalamnya mungkin belum menyedarinya.
Masyarakat kita terbina sebagai sebuah masyarakat yang jarang mengkritik rakan kita. Kita lebih selesa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini dan berharap keadaan akan berubah menjadi lebih baik di masa hadapan.


Contohnya, jika badan anda berbau busuk. Anda mungkin tidak menyedarinya kerana bau ini berkembang sedikit demi sedikit dan hidung anda terbiasa dengan bau ini.
Kawan anda yang merasai bau ini mungkin juga akan terus diam tanpa memberitahu anda dengan harapan keadaan akan berubah pada keesokan harinya.
Ini adalah masalah yang perlu kita selesaikan. Kita perlu membudayakan rakan kita untuk mengkritik kita dan kita seharusnya menerima kritikan ini dan cuba berubah tanpa sebarang rasa malu atau marah.
Keadaan kedua yang lebih teruk berlaku kepada seseorang individu apabila seseorang menyatakan bahawa "bau badan awak busuk".
Apabila seseorang menyatakan kenyataan seperti di atas, ini adalah indikasi bahawa bau badan anda itu sudah TERLALU BUSUK.
Jika ianya TIDAK TERLALU BUSUK, mungkin tidak ada orang akan menyatakannya kerana mereka akan cuba menyesuaikan diri dengan keadaan ini.

Pengajaran yang boleh diambil adalah:-
1. Budayakan orang disekeliling anda untuk mengkritik anda. Terima dan nilai dengan hati terbuka. Tidak perlu malu atau marah.
2. Jika orang menyatakan sesuatu kritikan. Ini bermakna keadaan sudah menjadi terlalu teruk. Jika tidak terlalu teruk, orang tidak akan menyatakannya.
3.Terima kritikan secara terbuka, ini untuk kebaikkan anda bukan kebaikkan orang yang mengkritik.
Jika kita lihat, kebanyakkan ahli politik akan mengelilingi diri mereka dengan orang yang suka memuji mereka. Apabila ini terjadi, mereka ini akan hidup dalam dunia utopia tanpa mengetahui keadaan yang sebenar. Biasanya apabila kebenaran sebenar itu muncul, keadaan sudah terlambat untuk diperbaiki. Jangan benarkan orang sekeliling anda memuji dan mengampu anda. Ini BAHAYA !!!


Tuesday, 29 November 2011

Happy Belated Birthday!



Wishing you health, happiness and love on your special day and always!
Sweet 20!

Kad Birthday Kecil




senyum, kawan!
semoga hari mendatang membawa sejuta kebahagiaan.

Story of Handmade Card Lover Hurricane Irene

birthday card
handmade card lover hurricane irene

Handmade card is the craft of hand-making greeting cards. Many people with interests in allied crafts such as scrapbooking and stamping have begun to use their skills to start making handmade cards. This has contributed to cardmaking becoming a popular hobby.

Traditional high street stores have begun to devote an increasing amount of their floorspace to handmade cards. Handmade products are now being seen by retailers as a way to increase margins, and handmade cards are no exception. This is particularly the case as mass-produced printed greeting cards have been faced with competition from electronic greeting cards.

 friendship card
handmade card lover hurricane irene

In contrast, hundreds of small businesses have been set up by avid crafters keen to make a return on their cardmaking efforts. Many of these are taking advantage of the low setup costs of web-based selling and the wide customer-base of auction sites like facebook. Many others continue to sell their creations at craft fairs, markets and fêtes. Others use their cardmaking skills to turn a profit in the wedding planning market making handmade wedding invitations and favors.

There are many different variations of handmade cards including decoupage, more commonly known as 3D, where a design is printed a number of times, then various areas of the design are cut and layered on top of each other using double-sided sticky foam squares to mount the layers together to create the 3D effect making a very attractive greeting card.

handmade card lover hurricane irene

Wednesday, 23 November 2011

Adam & Hawa saling memerlukan :)


Pensel :  Saya minta maaf.

Pemadam :  Utk apa? Awak x buat salah pun.

Pensel :  Saya minta maaf disebabkan saya, awak cedera. Setiap kali saya buat silap, awak pasti berada di situ utk membetulkan kesilapan saya. Tapi setiap kali awak memadam kesilapan saya, awak kehilangan sebahagian dari diri awak. Awak menjadi semakin kecil.

Pemadam :  Itu betul, tapi saya langsung x kisah tentangnya kerana saya dibuat utk membetulkan kesilapan yg awak buat. Walaupun suatu hari nanti saya tahu yg saya pasti akan hilang, saya berbangga dengan kerja saya ini. Jadi janganlah risau.. (:

Kehidupan kita juga diibaratkan sebagai pemadam & pensel. Kita akan sentiasa berada di kalangan manusia2 yg lain, sama2 membetulkan setiap kesilapan yg telah dilakukan. Kita tidak akan pernah tahu bila kita akan melakukan kesilapan.. samada kesilapan kecil @ besar. Jadi sama2 kita ingat mengingatkan, kerana Allah SWT mencipta manusia untuk "saling memerlukan"..

Tuesday, 22 November 2011

Cara Tempahan Handmade Card Lover Hurricane Irene





1.Tempahan boleh dibuat melalui pesanan ringkas (SMS) atau website
    SMS     : 019-3728951 (zaty)
                 : 017-5488083 (shazlin)
    Website : http://www.wix.com/handmadecardlover/hurricane-irene#!

2.Sila bagi maklumat berikut semasa membuat tempahan.
    Nama Penuh              :
    Alamat                       :
    No. Telefon (HP)       :
    Jenis kad                    :
    Saiz kad                     :
    Maklumat Penerima    :
    Tarikh Diperlukan       :

Cara Pembayaran Handmade Card Lover Hurricane Irene



1. Bank in kat akaun Bank Islam kami;
Nama : Sobiroh Bt Suhail
No. Akaun : 13017 02082 5064

2. Sila SMS kami;

Nama Penuh :
Tarikh dan Masa Pembayaran :
No. Rujukan :


Thursday, 17 November 2011

Friendship Never End


saiz kad : besar

Happy Birthday, Adibah Khalid!




Yesterday is a HISTORY, tomorrow is a MYSTERY.
But today is a GIFT,that's why it's called PRESENT.

Happy Birthday, Adibah Khalid! 


Saturday, 12 November 2011

Wednesday, 19 October 2011

Group Members of Handmade Card Lover Hurricane Irene


Ahmad Hanbali Zakaria
Mohd Abdul Basid Muhammad
Norshazlin Ali
Najihah Othman
Sobiroh Suhail
Nur Izzaty Taufik Rashidi

Kami menjual pelbagai jenis kad buatan tangan yang pasti memuaskan hati anda.
Pelbagai jenis kad kami tawarkan dan bergantung kepada saiz pilihan anda.

Saiz kad;
Kecil = RM4
Sederhana = RM7
Besar = RM11