Wednesday 23 November 2011

Adam & Hawa saling memerlukan :)


Pensel :  Saya minta maaf.

Pemadam :  Utk apa? Awak x buat salah pun.

Pensel :  Saya minta maaf disebabkan saya, awak cedera. Setiap kali saya buat silap, awak pasti berada di situ utk membetulkan kesilapan saya. Tapi setiap kali awak memadam kesilapan saya, awak kehilangan sebahagian dari diri awak. Awak menjadi semakin kecil.

Pemadam :  Itu betul, tapi saya langsung x kisah tentangnya kerana saya dibuat utk membetulkan kesilapan yg awak buat. Walaupun suatu hari nanti saya tahu yg saya pasti akan hilang, saya berbangga dengan kerja saya ini. Jadi janganlah risau.. (:

Kehidupan kita juga diibaratkan sebagai pemadam & pensel. Kita akan sentiasa berada di kalangan manusia2 yg lain, sama2 membetulkan setiap kesilapan yg telah dilakukan. Kita tidak akan pernah tahu bila kita akan melakukan kesilapan.. samada kesilapan kecil @ besar. Jadi sama2 kita ingat mengingatkan, kerana Allah SWT mencipta manusia untuk "saling memerlukan"..

No comments:

Post a Comment