Monday 19 December 2011

Usahawan Siber


Bukan mudah untuk terus bertahan dalam bidang perniagaan, kalau takda strategi yang mantap dan leader yang berfikiran jauh (Visionary).
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dalam setiap business/perniagaan, kita tidak akan lepas dari persaingan. Apatah lagi sekiranya perniagaan yang kita usahakan itu berjaya (takdala macam otai2 tuh), tentu pesaing-pesaing baru akan ikut kita punya strategi. Sejujurnya kita tidak boleh lokek dalam berkongsi idea untuk sama-sama berkembang maju. Strategi yang biasa digunakan para businessman/women, dalam menghadapi persaingan adalah perang harga.
Persoalannya, jika melancarkan kita perang harga, maka kita harus sedia untuk kehilangan sebahagian keuntungan dalam menampung kos-kos operasi yang lain. Dan perang harga yang berpanjangan ini sebenarnya  hanya akan ‘merosakkan’ ataupun mematikan perniagaan kita secara keseluruhan.
Jadi bagaimana cara menghadapi persaingan dalam bisnis tanpa harus menurunkan harga? Mari kita bincangkan bersama-sama.
  1. Pilih Pesaing Yang Tepat.
Menghadapi persaingan menjana  energi, waktu dan mampu. Sebabnya sebelum kita melangkah lebih jauh, sebaiknya kita harus menetapkan siapa pesaing kita terdekat pada saat ini. Jangan sampai tersilap langkah dalam menetapkan pesaing.  Siapa pesaing kitalah sebenarnya yang akan menentukan bagaimana cara menghadapinya.
Pesaing kita boleh menjadi skala business lebih kecil atau lebih besar dari Anda. Pesaing kita  juga boleh jadi tidak dari kategori perniagaan yang sama dengan anda.

2. Fokus Kepada Keunggulan Anda.
Jika selama ini pernigaan kita  sudah ‘menjadi’, kita harus yakin perniagaan atau produk kita memiliki keunggulan( kelebihan tersendri. Buktinya ada yang beli, kan ? Menghadapi betapa sengitnya persaingan ini, kita harus focus pada keunggulan business atau produk/servis kita.
Jika misalnya keunggulan business kita terletak pada kualiti produk, maka seharusnya mempertahankan kualiti yang ada itu. Lebih baik lagi kita terus tingkatkan kualiti produk  yang sedia ada. Dan dalam setiap promosi, tonjolkan saja keunggulan produk  tadi. Contoh lagi, kalau keunggulan kita terletak pada kelancaran layanan, maka keunggulan inilah yang harus kita pertahankan dan tingkatkan dari masa kesemasa.

3. Fokus Kepada Kelemahan Pesaing
Tahukah anda, apa kelemahan pesaing kita saat ini ? Jika sudah tahu, mengapa kita tidak menggunakan kelemahan pesaing  untuk teruskan perniagaan  kita sendiri ? Sediakan untuk customer kita apa yang tidak disediakan pesaing yang mereka tiada, dan  cuba kita mempelbagaikan serta beri lebih dari apa yang pesaing kita tawarkan.
Melalui ini, bukan kita merendah-rendahkan pesaing kita (memberi pendapat/cadangan), cuma memberi pilihan kepada customer supaya berfikir dengan lebih bijak, mana lebih untung produk kita berbanding dengan pesaing berdasarkan strategi harga, servis lain yang lebih bagus.

4. Belajar Dari Pengalaman.
Pengalaman adalah guru terbaik untuk kita terus matang dalam industri perniagaan. Kegagalan dalam business yang lepas, menyebabkan kita lebih berhati-hati dan terus berdaya saing.  Jadi, dari pengalaman yang ada itu, seharusnya kita mengkajinya lebih mendalam banyak bertanya kepada yang lebih pakar.
Menghadapi persaingan tidak melulu (tidak terancang) dalam urusan strategi bertindak, adalah tidak bagus sebenarnya. Kita harus bersedia dalam sikap dan mental untuk menghadapi tekanan persaingan ini. Tak ada salahnya kalau kita bertanya  dan menjalin hubungan yang baik kepada mereka yang lebih pakar dalam bidang perniagaan ini.

5. Keluar Dari Persaingan
Persaingan kadang-kala tidak selalu harus kita hadapi. Ada kalanya dalam keadaaan yang tertentu, kita terpaksa/harus keluar dari persaingan itu, diatas faktor-faktor yang tertentu dan mengikut perkiraan yang telah dimesyuaratkan dan  muktamad.
Keluar dari persaingan bukan bererti  kita menutup bisnis yang sedia ada. Keluar persaingan bermaksud mencari idea-idea pasaran baru (market), membuat produk baru (re-engineering), innovasi dari segi produk/ services dalam memenangi hati pelanggan kita.

6. Berdoa dan tawakal.
Dan ini, merupakan strategi yang paling akhir dan wajib kita lakukan. Bagaimanapun kita harus sedar bahawa perniagaan itu adalah punca rezeki. Seberapa hebatpun strategi yang dapat kita lakukan, hanya Allah sahaja yang menentukan hasilnya, insyallah.

Doa yang tidak putus-putus dari Allah S.W.T agar dapat terus bersaing dengan bagus, bersama-sama mencari pendapatan yang halal, amin.
Semoga anda semua dan zik, dapat meneruskan perjuangan business dalam menghadapi persaingan business secara maya mahupun offline, secara sihat.

No comments:

Post a Comment